Latar belakang Perang Warisan Sepanyol

Pada tahun 1700, Carlos II, raja Sepanyol terakhir dari Kerabat Habsburg telah meninggal dunia tanpa meninggalkan sebarang waris, lalu takhta baginda diserahkan kepada Felipe, cucunda kakanda tiri baginda dan Raja Louis XIV dari Perancis. Oleh itu, Felipe menjadi Felipe V dari Sepanyol dan disebabkan baginda juga adalah anak lelaki yang lebih bongsu kepada Dauphin dari Perancis, Felipe berada dalam garis pewarisan ke atas takhta Perancis. Ketakutan akan empayar pelbagai benua Sepanyol diserahkan di bawah pengawalan Louis XIV membangkitkan persekutuan kuasa besar-besaran bagi menentang pewarisan Philip.

Perang bermula dengan perlahan apabila Leopold I, Maharaja Suci Rom berperang bagi melindungi tuntutan Habsburg Austria ke atas pewarisan Sepanyol. Apabila Louis XIV mula meluaskan empayar beliau, negara-negara Eropah lain (diketuai oleh England, Portugal dan Republik Belanda) menyertai pihak Empayar Suci Rom bagi mengawal perluasan Perancis.[5] Negara-negara lain menyertai gabungan menentang Perancis dan Sepanyol dalam cubaan untuk mendapatkan jajahan-jajahan baru atau bagi melindungi penguasaan sedia ada. Sepanyol sendiri berpecah ekoran isu pewarisan dan jatuh ke dalam perang saudara.

Perang berlaku di Sepanyol dan Eropah Tengah-Barat (terutamanya di negara-negara Hilir), dan pertempuran-pertempuran penting di Jerman dan Itali. Putera Eugene dan Duke Marlborough membezakan diri mereka sebagai para komander di negara-negara Hilir. Perang bukan hanya berlaku di Eropah tetapi juga di Hindia Barat dan jajahan di Amerika Utara dan Selatan di mana konflik ini dikenali sebagai penjajah Inggeris sebagai Perang Ratu Anne. Sepanjang peperangan, lebih kurang 400,000 orang telah terbunuh.[6]

Perang ini tamat dengan perjanjian di Utrecht (1713) dan Rastatt (1714). Keputusannya, Philip V kekal menjadi Raja Sepanyol tetapi dilucutkan daripada menjadi pewaris takhta Perancis, dan menghapuskan kemungkinan penyatuan dua kerajaan ini. Austria memiliki kebanyakkan wilayah Sepanyol di Itali dan Netherlands. Penguasaan Perancis ke atas benua Eropah berakhir dan idea sebuah imbangan kuasa menjadi sebahagian daripada perintah antarabangsa.[7] Felipe dengan segera menghidupkan kembali harapan Sepanyol; mengambil kesempatan ke atas ketiadaan kuasa selepas kematian Louis XIV pada tahun 1715. Felipe mengumumkan tuntutan ke atas takhta Perancis sekiranya Louis XV yang masih bayi meninggal dunia dan cuba mengambil semula wilayah Sepanyol di Itali, menyegerakan Perang Persekutuan Berempat pada tahun 1717.